LMCW1022 Asas Keusahawanan dan Inovasi

Kursus ini memberi ilmu asas keusahawanan kepada pelajar, serta menimbulkan minat kepada warga pelajar UKM menceburi bidang keusahawanan sebagai salah satu pilihan kerjaya yang patut diberi perhatian. Konsep dan teori keusahawanan meliputi pembinaan pasukan dan kepimpinan, strategi dan pengurusan, pemasaran dan kajian pasaran, kewangan, pembuatan/penghasilan serta kemahiran pembentangan lisan akan diajar. Kaitan antara komponen perniagaan yang diajar digarap melalui simulasi perniagaan yang akan dijalankan oleh pelajar.