GGGB6053 Penulisan Kritis Dalam Penyelidikan

Kursus ini bertujuan untuk membantu pelajar membentangkan penulisan akademik mereka seperti tesis, kertas projek, kertas seminar dan tugasan akademik lain dengan tepat dan jelas. Skop perbincangan merangkumi isu umum berkaitan bahasa seperti pemilihan tatabahasa yang betul, penggunaan subtopik yang berkesan, dan cara menggunakan alat rujukan secara beretika (termasuk cara mengaplikasikan gaya penulisan UKM). Pelajar juga dilatih untuk mengkritik penulisan jurnal/prosiding dan menghasilkan kertas konsep dalam bidang masing-masing. Pada akhir kursus, pelajar dapat menulis penulisan akademik yang kritis.

Ardilla Asri

GGGB6043 Penyelidikan Kuantitatif dalam Penyelidikan Pendidikan

Tujuan kursus ini adalah untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam memahami dan menjalankan penyelidikan pendidikan yang melibatkan data kuantitatif. Melalui kursus ini, pelajar akan dibimbing untuk menggunakan elemen statistik deskriptif dan statistik inferensi yang sesuai untuk sesuatu permasalahan kajian/persoalan kajian yang dirangkakan. Pelbagai teknik penganalisisan data akan didedahkan, merangkumi analisis parametrik dan non-parametrik. Di akhir kursus, dijangkakan pelajar berupaya memanifestasikan pengetahuan, kemahiran dan pembudayaan penyelidikan melalui penghasilan satu laporan penyelidikan yang komprehensif.

GGGA6214 Teori dan Amalan Pendidikan

Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan teori dan amalan pendidikan dalam tiga bidang utama iaitu psikologi pendidikan, profesion dalam bidang pendidikan, dan strategi pengajaran. Dalam kursus ini pelajar dibimbing untuk mengaplikasikan teori dan amalan dalam sebuah sistem pendidikan yang berkualiti, relevan dan terkedepan. Penyampaian kandungan dan penilaian kursus dijalankan secara modular bagi menghasilkan pendidik yang mampu mengintegrasi elemen dan falsafah pendidikan dalam konteks Malaysia.

Ardilla Asri

GGGB6053 Critical Writing In Research

This course intends to help students present their academic writing such as thesis, project paper, seminar papers and other academic assignments in an accurate and clear manner. The scope of discussion includes general issues concerning language such as choice of correct grammar, the effective use of subtopics, and how to utilize referential tools in an ethical manner (including how to apply UKM writing style). Students are also trained to critique journal/proceedings articles and produce conceptual papers in their respective fields. At the end of the course, students are able to write critical academic writing.

Dr. Harwati Binti Hashim

GGGB6014 Kaedah Penyelidikan

Kursus ini merupakan pendedahan awal kepada kaedah penyelidikan dalam pendidikan. Secara khususnya, kursus ini akan membincangkan tentang konsep asas serta menerangkan tentang proses merancang dan melaksanakan penyelidikan supaya pelajar boleh menghayati logik dalam menjalankan penyelidikan bidang pendidikan.  Pelajar akan dibimbing untuk mengkaji pelbagai reka bentuk penyelidikan di samping mempelajari beberapa kaedah kutipan dan analisis data yang sesuai dengan reka bentuk penyelidikan. Turut dibincangkan adalah falsafah penyelidikan, konsep dan proses tinjauan literatur, penyataan masalah, kerangka konseptual, instrumentasi, serta kesahan dan kebolehpercayaan instrumen. Pelajar juga akan didedahkan dengan penyediaan kertas cadangan untuk kajian, serta etika dalam penerbitan. Antara tugasan yang diberikan kepada pelajar ialah mensintesis literatur, menganalisis penulisan kertas cadangan kajian kuantitatif dan kualitatif serta membuat pembentangan tentang rekabentuk kajian.  Pendekatan pengajaran dan pembelajaran merangkumi pembelajaran berbalik, kuliah dan tutorial interaktif, perbincangan berkumpulan, pembentangan dan laporan bertulis.